Monday, November 16, 2009

Pokok di tepi jalan


Kiri kanan jalan penuh dengan pokok-pokok redupan. Ia membantu pengguna jalanraya mendapat udara bersih dan meredupkan kehangatan jalan dan keenderaan. Fokus tentang keserasian, keseimbangan dan saling memerlukan diutamakan. Harmoni dan terrasa kenikmatannya.

Rumah Allah



Kemana pun kita kembara. Jangan lupa solat. Buat solat musafir. Mudah aje. Jangan buat-buat lupa. Allah tidak lupa. Buat baik kepada Allah Allah akan bantu kita permudahkan hidup kita, murah rezki kita dan kita tidak tergolong orang sesat.

Sunday, November 15, 2009

Masyarakat Indonesia










Pelbagai aktiviti yang wajar manusia lakukan wajar dipandang berguna dan bermakna. Buatlah kerja-kerja yang bermanafaat kepada diri dan orang lain. Aktiviti berkenaan boleh dibuat secara individu atau kumpulan. Ikut kesesuaian. Kalau kerja itu berat mintalah bantuan. Tak salah.

Saturday, November 14, 2009

Tuah badan

Eh!!!! budak-budak ni dia ingat kamera itu kecil gambar jadi kecil. Dia tat tahu kecil-kecil cili padi. Bukan yang macam baju biru tu, badan saja besar. Kalau berani cubalah. Tak ke nahas. Mahu tapi malu!!!!

Orang naik bas

Kita naik van. Semua yang bujang-bujang aje. Yang sudah ada pasangan naik bas. Mana seronok naik van ke naik van. Abang dalam bas buah hati dalam van. Macamana ni. Jantung abang bergoncang kencang. Al maklum sajalah abang kena jaga semua. Mudah-mudah selamat.

Kaki pukul Malaya

Macam rapat aje. Adik beradik ke? Bukanlah rakan setempat kerja. Baik depan bos saja. Belakang bos perang besar. Kalau mereka berbual apalah topik yang menjadi kegemaran mereka? Tentu certa pasal perempuanlah tu! Kalau tidak certa apa ya! Mengata bossss ya?

Awan berarak

Pemandangan beginilah menjadi kegemaran ku. Tak tahulah kenapa. Cantik betul alam ciptaan Allah ni! Apa yang aku sedari aku mengkagumi Mu ya Allah. Berilah kesempatan kepada hambaMu ini melihat kebesaranMu. Hamba mu ini menyedari betapa kerdilnn diri ini.

Terkenang masa dulu-dulu

Persidang meja empat segi. Isu apa agaknya? Wisata mana lagi menjadi impian mereka. Pasti bagi mereka yang sudah berpengalaman mengembara biasanya berulang-ulang meneruskan musafir dan kembara ke negara orang. Menambahkan daya usaha, kerja kuat, cari duit dan batin menjadi puas mendapat pengalaman dan insaf atas kekurangan orang lain. Yang pasti kami puas.

Serapan di hotel

Makan pak! Jangan tak makan. Makanlah asal jangan makan orang sudahlah. Rezki ada di mana-mana. Pandai-pandailah cari rezki. Jangan dengan cara yang haram. Susah nanti hidup ini. Kami faham dan sedar banyak negara yang rakyat kebanyakan dan miskin terpaksa bekerja keras untuk mencari makan. Bagi kita bersyukur kerana negara dalam keadaan mudah mencari makan. Ingatr lah kepada mereka yang susah dan sencara.

Balik dari perang air

Pengalaman menaiki bot menjadi pengalaman baru bagi mereka yang tidak pernah. Naik bot di tasik tenang. Airnya tidak bergelora. Tiadalah yang mabuk. Kalau di laut lepas barangkali sudah ada yang mabuk lain. Kanak-kanak paling berani mencuba sesuatu perkara baru.

Wakatu pagi sebelum pulang

Keluarga bahagia. Semua ada bapa, ibu, anak, menantu, adik beradik, saudara mara, rakan sekerja, rakan tolan dan sebagainya. Mereka menjadi bersaudara kerana mereka semuanya Islam. Bertambah-tambah lagi dikkepali oleh ustaz. Bertambah berkatlah. Aman sentosa lah mereka.

Kota Medan

Berbagai cara untuk mengindahkan kota raya. Arca dan pancutan air selalunya menjadi pilihan. Air pancut berkenaan dapat menjadikan orang melihat dingin, tenang. Airnya bukan untuk dibuat minum atau mandi. Ia hanyua untuk di tuntun saja.

PUNCAK SUROLOYO

Cari pengalam mendaki gunung. Masa mendaki cabarannya tinggi. Setelah sampai ke puncaknya kita akan merasa puas. Ia menguji fizikal, mental dan emosi. Pengalaman-pengalam bergini tidak akan boleh diperolehi kalau hanya duduk di pejabat atau di rumah semata-mata. Ia perlu berwisata alam.

Batik tangan

Manusia meniru sifat-sifat Allah. Suka mencipta. Ciptaan hambaNya yang kerdil. Walu pun kerdil melukis batik juga dapat membantu kita menghargaai orang lain dan menkagumi Maha Pencipta. Ramaqi rakyat Malaysia yang ke Indonesia berminat membeli batik Indonesia. batik Indonesia berbeza dengan batik Malaysia.

Pokok tepi jalan

Kebanyakan di jalan-jalan dala kawasan bandar di indonesia dipagari dengan pokok pokok besar. Persoalannya Mengapa? Kalau di Malaysia pokok besar sudah lama ditebang atau digali dan dibuang. Diganti dengan pokok segera. Metreka tidak takut kalau pokok tombang ke atas jalan raya. Apa yang pasti inilah identiti mereka.
JUGA DAPAT MENYEJUKAN MATA DAN BADAN PENGGUNA.

Teres padi

Padi ditanam di lereng bukit dan gunung. Mesti canti pemandangannya. Bagaimanalah agaknya sistem pengairan yang digunakanya. Kalau dapat duduk bersama petani semusim mungkin semua ilmu yang mereka miliki dapat dipelajari. selain dari itu pemandangan menjadi cantik, udara segar dan aman damai. Inilah yang penting.

Sulaman dan batik

Kerja membatik satu hal. Kerja menyulam satu lah. Kedua-duanya hasil kerajinan tangan. Orang yang berusaha mencipta corak, susun atur, warna dan kekemasan menjadikan hasil bermutu tinggi. Ini menjadi idaman pengguna. Bagi mereka yang mampu sudah pasti sanggup menghabiskan wang ringgit untuk memperolehinya. Maka sudah tiba masa nya kita melihat sendiri perusaah kecil batik dan tenun di Jawa.

Nasi Pindang

Marilah rasa nasi pindang. Inak, lazat dan citarasa orang Melayu. Kat mana nak dapat nasi pindang ni? Kita rasa di pulau Jaya. Restoran utama masakan tradisi ada menyediakannya. Pakej-pekej makan ni selalumnya terkandung dalam perbelanjaan keseluruhan lawatan. Kalau tidak cari sendiri. Udah-udahlah makan makanan ala barat.

Cantik lah gambar ini

Pemandangan cantik. Gambar yang ditangkap pun cantik. Teringat kampung zaman dulu-dulu. Kampung zaman ini pun terlalu banyak berubah. Tak seasli kampung orang zaman dahulu. Kebanyakaan bahan binaan untuk buat rumah hasil dari keluaran kilang. Ini yang tak cantiknya.