Bagi membantu murid untuk memantapkan diri, dan beroleh kecemerlangan. Jati diri dalam lebal antarabangsa sangat-sangat dituntut. Cemerlang dalam aras sesama sendiri dalam negara sahaja tidak mencukupi. Terutama untuk murid-murid yang berprestasi tinggi.
Sekola dan guru boleh membantu membiasakan mereka dengan membuat hubungan antarabangsa. Paling mudah ialah mengadakan lawatan ke negara orang. Adakan program dengan sekolah-sekolah terpilih. Banyak perkara yang murid boleh beritahu dan pelajari dari murid dan masyarakat sekolah yang dikunjung. Soal bahasa, adat budaya, kepercayaan, gelagat sosial, masalah kehidupan, kelebihan dan kekurangan.
Belajar dari pengalaman sebenar seronok dan ia menjadi ingatan yang lebih lama. Dan, apa lagi, bawalah murid-murid anda. Jangan rasa susah dan bimbang. Jika yakin insakallah jadi.
No comments:
Post a Comment