Thursday, November 5, 2009


Banyak perkara masih perlu belajar. Kalau duduk termenung dan membiarkan diri begitu sahaja terasa sia-sia, rugi. Elok berfikir, cari akal untuk meneroka khazanah ciptaan Allah di dunia ini. Memang cantik cara Dia mengajar hambaNya. Memang wajarlah bagi mereka yang mendapat rahmat dan hidayah dariNya berada dimakam yang tinggi. Bagi kita yang cetik akal terkapai-kapai dengan cara beribadah yang asas-asas sahaja. Bilalah! hendak meningkat. Tak apalah, jangan putus asa. Teruskan usaha. Selagi kederat masih kuat, selagi boleh bernapas dan sanggup menggunakan segala pancaindra dan akal, kita berpeluang menemui jalan pulang.

No comments: